assalammualaikum, hai dan selamat tahun baru semua :)
Apa azam korang untuk 2013 nih? hmmm, azam untuk cuti hujung tahun haritu semua dah lari. yeahh. I mean it. Ingatkan cuti sekolah haritu boleh cover balik bab-bab Form 1 dengan Form 2. tapi sayangnya, semua tak jadi. Ingat nak start tution time bulan November pun tak jadi. haishh. Conform start sekolah nanti fikiran kosong. Sorry yaa Cikgu *angkat dua-dua tangan* .
Apa yang saya buat time cuti? hmmm, mostly time cuti sekolah saya jaga atok, that's why takde masa nak study. Bukan alasan tapi kenyataan. Sekarang baru faham perasaan Mak Ngah, Pak Tih, Pak Lang and lain-lain. Sebenarnya taklah susah nak jaga atok cuma atok ada alzheimer. Itu yang parah sikit. hee :D So, kena selalu ada dengan atok and atok selalu lupa dia ada dekat mana so, kadang-kadang tuh sampai dalam masa 10Minute atok akan tanya soalan yang sama sebanyak 3-7 kali. Kadang-kadang bila tertidur atok dah call semua orang tanya dia dekat mana. sebab tuh kalau boleh kena sentiasa ada dekat dengan atok dan terpaksa berjauhan dengan buku. Buku saya mintak maaf *susun sepuluh jari*
What is Alzheimer?
Alzheimer's disease (AD), also known in medical literature as Alzheimer disease, is the most common form of dementia. There is no cure for the disease, which worsens as it progresses, and eventually leads to death
*Thanks to Google *
Wahai buku teks, buku rujukan dan buku-buku yang lain bolehkah kita bersahabat semula? *cehhh*
nak jadi macam burung hantu nih, walaupun hantu tetapi tetap rajin membaca. :)
*Insyaallah one day I'll be like him* I mean be a book lovers not meat lovers :P
Kalau boleh nak tution tapi macam kabur je peluang nak tution since, banyak tempat tution dah mulakan kelas. Memang idoklah saya nak masuk bila kelas dah lama start. No way ! *muka serious*
sebab nanti orang lain dah belajar separuh bab kita ni? baru tergedik-gedik nak masuk. Memamng tak jawabnya,, :)
Kalau boleh nak selalu study group dengan kawan-kawan time cuti, tapi susah sikitlah.
Second, kalau boleh nak selalu pergi masjid. Nak sembahyang berjemaah. Taknak sekadar pergi bila solat terakwih. Change that attitude. :) Btw, cantikkan masjid nih? Masjid ni dekat Melaka. Wait, malam nih mesti orang ramai penuh dekat KLCC, Dataran and others place. Tapi, dekat masjid mesti sikitkan? Jumlah orang yang duduk dekat rumah pown sikit. kadang-kadang sesetengah yang orang balik dari sambut New Year mesti mabuk-mabukkan? Bukan nak menyibuk. Tapi kebanyakkan orang yang mabuk tuh perlu ke orang kita sendiri? I mean orang islam. hmm. Doakan sahaja mereka berubah,
No More TV ! Tak adalah sampai boikot TV. Still tengok TV tapi kurangkan. Tapi nak sangat kurangkan tengok drama Korea. Tapi, still dengar lagu-lagu korea. cuma nak kurangkan. Walaupun just PMR, bagi saya PMR pown penentu hidup. kalau boleh nak banggakan mama. pergi mana-mana pown dengan perasaan bangga kerana saya. Insyaallah. Doakan saya :)
Books I hope we can be bestfriend :)
Dear Mom, walaupun saya kadang-kadang nakal, malas nak tolong mama buat kerja rumah, and kadang-kadang masam muka dengan mama *merajuk* . I just want you to know that you is apart of my life. Kalau mama sakit. Adik nak tolong jaga mama. kalau mama sedih, adik apa lagi menangislah :) hee.
Mama, mama larh kawan baik adik. teman pendengar yang setia.. dan tempat mama mengadu jugak. *wink wink*. Mama thanks sebab besarkan adik dengan penuh kasih sayang <3
Mama I Love You, Saranghae,
Kalau boleh nak bertudung labuh dan nak selalu memakai jubah. Taknak pakai tudung labuh secara mengejut atau tiba-tiba kerana itu pown bahaya. kerana itu boleh membuatkan seseorang itu tiba-tiba bertudung labu dan tiba-tiba tidak pakai tudung. Masyallah.
So, disebabkan itu nak bertatih-tatih dulu bertudung labuh. so, that's why nak try bertudung labuh dekat sekolah. rasanya tudung tu dalam kategori labuh. mungkin taklah labuh sampai ke lengan. :)
One Day.Insyaallah
Doakan saya dapat keputusan yang cemerlang untuk result PMR :)
and doakan jugak semua azam saya berjalan dengan lancar.
Amin. Assalammualaikum.
